Kekayaan itu bukan dari harta yang kamu miliki, bukan juga dari status yang tinggi, tetapi dari hati mu yang mampu bersyukur, mereka yang bersyukur adalah mereka yang kaya, bukan kaya dulu baru nak bersyukur tetapi mereka kaya dengan hati yang bersih, ikhlas dan penuh dengan cinta.
Barangsiapa ingin agar do'anya terkabul dan kesulitan-kesulitannya teratasi hendaklah dia menolong orang yang dalam kesempitan. (HR. Ahmad)
Tidak ada manusia yang hidup untuk merancang gagal, tetapi kebanyakan manusia gagal merancang didalam hidupnya. Jika ingin berjaya, kaya dan bahagia kita perlu 'memusnahkan' masa lalu dan 'meniadakan' masa hadapan maksudnya masa lalu menghasilkan beban di dalam diri iaitu kekecewaan, kemarahan, kekesalan dan kesedihan perlu dilepaskan, bertaubat dan memaafkan manakala rintangan yang hadir dari masa depan adalah harapan anda sendiri, harapan tanpa usaha ke arah harapan akan mengecewakan hidup ini dan harapan tanpa keyakinan pula akan memenatkan hidup ini. Hiduplah pada masa ini, bekerja pada masa ini dan nikmati kebahagiaan pada saat ini dengan yakin, usaha, syukur, gembira dan menyenangkan.
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Anfaal 8:46)
No comments